The Lady Entries Masterpiece

Isnin, 16 Disember 2013

Hanan Sahabatku part 3

Sinopsis / pendahuluan
Hanan Sahabatku part 1
Hanan Sahabatku part 2



HANAN SAHABATKU

"Hanan kau marah aku lagi ke?" Tanya Aina sambil mengambil air kotak soya yang terjatuh sebentar tadi.

"kenapa kau buat aku macam ni, Aina?" Tanya Aina bingung, apa kesalahannya?
"Hanan, aku minta maaf kejadian semalam dan ianya berlaku sebab aku sayangkan kau" Jelas Aina, amat susah dia ingin menerangkan apa yang dia lakukan untuk Hanan sebenarnya.
"Sayang aku? Kau kan tahu, aku dah lama simpan perasaan pada dia" Jelas Hanan sebak.
"Kau bukan sahabat aku, seorang sahabat adalah orang yang memahami sahabatnya!" Terang Hanan yang ingin meyakinkan Aina bahawa dia berada di tempat yang salah. Kemudian Hanan beredar meninggalkan Aina untuk ke kantin.

  Aina mendongak ke langit, senyuman terukir di bibirnya, manik-manik jernih meluncur di pipinya.
'Dan sahabat adalah orang yang membawa sahabatnya ke Syurga, Hanan. Ya Allah, bukakanlah pintu hati Hanan untuk perluaskan cinta-MU didalam hati-NYA'


Sebulan kemudian....

  Pemeriksa mengutip semua kertas ujian terakhir PMR. Kemudia masanya sudah tiba, iaitu waktu yang ditunggu-tunggu pelajar-pelajar PMR. Semua pelajar berpusu-pusu keluar daripada dewan peperiksaan. Suasana sudah mula menjadi hingar-bingar mula memecah kesunyian sebentar tadi.

"Yeah, kita dah bebas akhirnya! seronoknya! " Hanan melepaskan perasaan.
"Yelah Hanan senang ke soalan tadi?" Tanya Arissa melihat Hanan riang.
"Ah! aku dah tak kisah dah semua tu Rish!Yang penting kita dah bebas!" Mereka berdua ketawa riang.

  Tiba-tiba Aina keluar dari dewan, dia ke kantin sendirian. Dia tidak seperti biasa, selalunya dia akan tanya khabar Hanan dahulu walaupun Hanan seperti tidak mahu melayannya. Hanan terkejut kerana melihat mukanya seperti lemah dan lesu.  'Tidak sihatkah dia?' Desis hati Hanan risaukan Aina. 'perlukah aku tanya pada dia?... Ah! tak perlu, dia tak minta maaf lagi kat aku' ego Hanan melawan.

  Di kantin, Aina hanya merenung pada makanan yang berada di hadapannya. Dia diam membisu cuma adakalanya dia terbatuk sedikit. 
"Aina kenapa ni? Adakah kamu tidak sihat?" Tanya Arissa sambil menghampiri Aina duduk di sebelahnya. Aina memandang gadis di sebelahnya itu lalu merenung kembali makanan di hadapannya. Dia kelihatan tidak mempunyai selera. Dia menggerakkan tangannya mendekati makanan. Dia meramas-ramas nasi itu pada mulanya, lalu dia mengepal nasi itu dan masuk ke dalam mulutnya perlahan-lahan.
"Saya okey je" Jawab Aina ringkas 
Arissa meletakkan tangannya pada dahi Aina.
"Aina, kau demam ni kau balik dengan siapa nanti ni?" Risau Arissa kalau-kalau tiada siapa yang menjaganya ketika pulang. Aina terdiam muram. Hanan yang berada di hadapan Arissa hanya memandang  dan tidak berkata sepatah pun. 'Teruk sangatkah dia?' Desis hati Hanan tanya diri sendiri, ambil berat kerana sayang akan gadis yang bernama Aina itu.
"Hanan, boleh kau balik dengan Aina?" Tanya Arissa, dia bersahaja ingin Hanan dan Aina berbaik semula.
  Reaksi mukanya sangat berharap kepada Hanan.

"Yelaaah" Jawab Hanan sambil menunjukkan reaksi muka tidak puas hati iaitu egonya. Aina memandang Hanan lalu memaniskan mukanya, senyum tetapi senyumnya jelas kelihatan terluka.
"Takpelah Rish, Aina boleh balik sendiri, sikit je sakit ni."



  Dalam perjalanan pulang, mereka berdua berjalan seiring tetapi mereka dia. Mereka langsung tidak mesra seperti selalu.Aina diam menahan kesakitan. Tangannya memicit-micit dahinya. Jalannya pula tidak selalu lurus, ada juga kalanya dia seperti tersungkur di tengah jalan. Hanan hanya setia memimpin tangannya. Nasib baik rumah Aina tidak terlalu jauh dari sekolah.
"Hanan, awak masih bersama dengan dia ke?" Tanya Aina dengan suara yang terbatuk-batuk.
"mmmm..." Hanan hanya menjawab ringkas. Kemudian, dia sambung lagi.
"Kami tak selalu berjumpa pun, tak pegang-pegang pun, kami biasa-biasa jer!" Terang Hanan panjang lebar.
"Hanan kamu tetap ada hubungan dengan dia, hukumnya masih Haram" Ucap Aina dengan perlahan supaya tidak menyakiti hati kawannya.
"Kenapa haram pulak? Kami tak pegang-pegang pun, tak rapat-rapat punlah apakata orang sekarang ni, couple Islamik" Hanan menggertak, ego menguasai dirinya.
"Hanan, couple Islamik tu bermaksud perkahwinan or pernikahan itu ikatan Halal antara lelaki dan perempuan" 
"Dan hubungan Hanan dengan Aiman ia akan melalaikan hidup kau daripada mencintai Tuhan dan menyebabkan kau lebihkannya daripada cinta TUHAN" Hujah Aina terberhenti setakat itu. Dia sedar bahawa dirinya masih jahil, dia tidak dapat menerangkan Hanan lebih panjang lagi.

  Hanan tidak puas hati, tetapi dirinya yang sebenar amatlah setuju akan apa yang Aina katakan. Tetapi egonya menafikannya. Dia melepaskan tangan Aina untuk membiarkan Aina berjalan sendirian tanpa dipimpin. Dia berjalan maju kehadapan tiga langkah dari Aina, dirinya memberontak. Aina menabahkan dirinya berjalan.
"Hanan pengorbanan mu untuk meninggalkan Aiman memanglah susah, aku faham Hanan perasaan sayang kau pada dia tapi percayalah, Allah akan gantikan pengorbanan itu dengan yang Halal" Aina dengan yakin.

 Tiba-tiba, seorang pemuda menyergah Hanan dari kiri, dia cuba untuk menarik beg Hanan. Hanan kini sedar, bahawa dirinya kini dirompak. Aina di belakang terkejut, dia berlari kearah Hanan untuk membantunya. Hanan hanya dapat menahan begnya daripada dirampas. Aina ditolak ketepi, tersungkur. Hanan mula menggunakan taktik pertahanannya. Hanan mengayunkan kepala lututnya ke perut pemuda itu, lalu menyiku kepalanya kemudian menyepaknya. Akhirnya pemuda itu terjatuh. Hanan cepat-cepat menarik Aina untuk melarikan diri. Tetapi mereka dihalangoleh pemuda tadi, sekali lagi. Tetapi kali ini ia lebih berbahaya kerana pemuda itu bersenjata. Harimau sudah mengeluarkan kukunya. Pisau telah dikeluarkan.

  Hanan memandang Aina, dia kelihatan amat terkejut, dia tahu Aina akan melakukan sesuatu, sebelum Aina bertindak, Hanan cepat-cepat mara kedepan. Tanpa berfikir apa akan terjadi kepadanya, sama ada pisau itu akan menembusi tubuhnya atau dia dapat mengalahkan penjahat itu. Dia tersilap langkah lalu  pemuda itu mengambil tindakannya untuk memenuhi hajat mata pisau itu. 


  Aku memejamkan mataku, berserah kepada nyawaku di hujung mata pisau itu. Pasti pisau itu sudah tembusi diriku. Aku akan terima peritnya sakit ini, balasan atas aku sakiti Aina. Peritkah sakit ini? Aku langsung tidak merasai apa-apa. Adakah ini rasanya ditikam? Peritnya langsung tidak dirasai.
  Ku membuka mataku, diriku dipenuhi darah tetapi pisau itu tidak menembusiku. Aku terkejut apabila melihat Aina dihadapanku dan badannya yang dipenuhi darah. Aina yang merasai keperitan kesakitan itu. Aina tumbang ke belakang, aku menyambutnya. Aku bagai tidak percaya apa yang Aina lakukan ini.
Pemuda itu tadi menarik tanganku untuk pergi. Aku lemah tak dapat melawan, aku ditarik begitu senang.

Tiba-tiba, sebuah motorsikal datang, aku melihatnya. Aku semakin takut, takut ada lagi yang ingin mengancamku. Dua pemuda yang sedang menunggang motorsikal  itu berseragam sekolah. Antaranya adalah lelaki yang ku cintai. Aiman dan kawannya dibelakang, Saifullah. Adakah mereka bersubahat dengan penjahat ini? Semakin hampir kelibat mereka, motorsikal itu berhenti, Aiman dan kawannya turun dari motorsikal itu kemudian berlari ke arahku, mengejarku. 

"Hanann!!!! !! " jerit Aiman sambil berlari.
'Kau akan selamatkan ku atau bersekongkol dengan penjahat ini untuk mengancamku, Aiman?"

BERsambunggg 

hanan sahabatku part 4

9 ulasan:

  1. wah hebat hebat. teruskan wakkk

    BalasPadam
  2. Wah best,

    tapi ada ayat yang macam pelik je; Akhirnya pemuda itu terjatuh akhirnya.

    But tetap best

    BalasPadam
  3. @akeyla azmi , thanks for the support :)

    BalasPadam
  4. @aiman seo thanks, for the advice :)

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. terima kasihhh :) terharuu pulaak rasaaa hahahak :')

      Padam
  6. part 4 sebelum new year ok ? new year nak balek asrama :3

    BalasPadam

komen kerana allah.. untuk menegur saya dengan baik, alhamdulillah terima kasih.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...